14 Februari 2011

Emas

Emas (aurum 79) merupakan logam berharga yang tertulis di dalam Al Qur'an selain logam Perak. Emas tidak boleh dicipta, atau tercipta semula (hanya Allah menentukan).



Di zaman Rasulullah S.A.W., seekor kambing (kibas) dijual pada harga 1 dinar, dan harga itu kekal (anggaran RM650) sehingga sekarang (1400 tahun kemudian). Manakala seekor ayam berharga 1 dirham dan ia kekal sehingga sekarang. Penggunaan emas dan perak sebagai matawang merupakan kaedah terbaik bagi mengelakkan inflasi...



Graf di atas menunjukkan kenaikan harga emas mulai sepuluh tahun lalu hingga hari ini sebanyak ?% iaitu purata kenaikan sebanyak ?% setahun. Kenaikan harga emas bermakna penurunan nilai wang kertas atau fiat money.

Di zaman persekolahan saya dahulu, duit belanja sekolah hanyalah 20 sen sehari (sekitar tahun 1980-an), di zaman anak saya (tahun 2011 ini), belanja sekolah adalah RM2 sehari.. dalam masa 30 tahun, nilai perbelanjaan telah meningkat sebanyak 10 kali ganda bersamaan 1000% !!!.. Bayangkan nilai matawang kita pada 30 tahun lagi..

Arwah bapa (1935 - 2003) pernah bercerita bahawa dizaman beliau, belanja sekolah hanyalah 2 sen sehari!!!




Menyimpan emas sebagai penyimpan nilai, adalah kaedah yang terbaik. Tukarkan konsep menyimpan wang kepada menyimpan emas. Graf di atas menunjukkan kenaikan emas setahun, iaitu sehingga tarikh hari ini. Berbanding dengan menyimpan wang, yang mana ianya semakin berkurangan dari segi nilai walaupun diberikan peratus keuntungan sehingga 10%.. (Tahun 2010 ASB memberikan 8.75% dividen)

Harga Emas (30 hari)

Harga Emas (30 hari)