Wang vs Emas


Harga barangan dikatakan naik setiap hari. Sebenarnya nilai wang ringgit yang mengalami penurunan setiap hari. RM2 sekaranag dapat digunakan untuk membeli sebungkus nasi lemak dan secawan teh. Tiga puluh (30) tahun yang lalu, RM0.20 dapat membeli nasi lemak dan secawan teh juga. Tiga puluh tahun sebelumnya?

Sering terpampang di dada akhbar... kebakaran rumah menyebabkan warga tua hilang setiap wang ringgit yang disimpannya bernilai beberapa ribu ringgit. Wang kertas apabila terbakar menjadi abu dan tidak menyimpan sebarang nilai.



Dinar dan dirham tidak berubah nilainya dari zaman Rasulullah sehingga kini. Menyimpan emas adalah lebih mudah berbanding menyimpan wang tunai. Saiz dan berat yang kecil tetapi nilai yang tinggi. Takat lebur emas yang tinggi 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) menjadikannya tahan dari segi fizikal. 




Fikir-fikirkan:


Anda mempunyai simpanan RM10000.00 yang memberikan pulangan 10% setahun apabila genap tempoh menyimpan dari 1 Januari hingga 31 Disember. Katakan anda terdesak memerlukan wang untuk kegunaan segera pada bulan Julai, sebanyak RM5000.00. Pada bulan November anda menggantikan keseluruhan wang yang digunakan tadi ke dalam akaun simpanan anda supaya kembali menjadi RM10000.00. Pulangan yang anda perolehi untuk tahun berkenaan hanyalah 10% x RM10000.00 x (2bulan/12 bulan) = RM167.00


Jika anda memiliki emas bernilai RM10000.00 pada bulan Januari dan memerlukan wang tunai pada bulan Julai. Gadaikan emas berkenaan dan anda akan menerima RM7560.00 sebagai pinjaman dengan upah simpan sebanyak RM453.60 untuk enam (6) bulan.*


Setelah membayar nilai pinjam beserta upah simpan. Emas anda dikembalikan. Emas sebagai penyimpan nilai terbaik tetap merasai kenaikan nilai sebanyak *13%. Jika Teknik 2 dilaksanakan, pendapatan diperolehi adalah RM529.20*


Nota:
*  Nilai mungkin berbeza dari masa ke semasa dan polisi bank yang berubah-ubah. Rujuk bank yang mempunyai kemudahan ar rahnu. di cadangkan Agrobank - menerima gold coin, gold bar dan barang kemas.
** Kenaikan harga emas dipengaruhi pelbagai faktor. Jalankan kajian anda terlebih dahulu sebelum membuat teknik-teknik yang dicadangkan di dalam blogs ini.

Harga Emas (30 hari)

Harga Emas (30 hari)