Teknik

Apabila sudah memiliki emas, ramai yang bertanya.. 'apa lepas tu?'. Sudah pasti keuntungan yang dicari oleh semua penyimpan atau pelabur emas. Jadi, di sini akan dimuatkan tiga (3) teknik biasa yang dipraktikkan dalam menyimpan emas bagi mendapatkan keuntungan.

Teknik 1

Simpan.
Emas yang dibeli, disimpan.. tunggu kenaikan selepas setahun, dua tahun atau seterusnya. Namun perlu diingat, Zakat adalah wajib dibayar selepas genap haul (setahun hijrah) dengan timbangan sebanyak 85 gram bersamaan 20 dinar (2.5% sahaja - sila google untuk mendapatkan maklumat lanjut). Apabila merasakan kenaikan emas sudah mencukupi (menguntungkan), jual emas tadi. Tetapi, perbezaan harga jual dan beli (spread -15%) akan mengurangkan keuntungan kita. Teknik ini amat mudah dilaksanakan. Contoh:
Saya membeli 100gram gold bar GCP pada bulan Februari 2011 pada harga (kami jual) RM15400. Setahun kemudian, kenaikan emas adalah **25%, maka harga (kami jual) emas adalah RM19250. Apabila emas ini dijual semula, spread -15% akan dikenakan (perbezaan harga jual dan harga beli), maka nilai yang diterima adalah RM16362.50. Setelah ditolak zakat, keuntungan bersih yang diterima hanyalah RM553.44. Sedangkan jika dibandingkan dengan simpanan ASB, jauh lebih besar nilai yang diterima dalam simpanan ASB!

Walaubagaimana pun, jika pada tahun 2013, kenaikan emas adalah **20%, maka, selepas menyimpan emas selama 2 tahun, nilai bersih yang diperolehi adalah RM3744.13.

Kelemahan teknik ini: Keuntungan hanya diperolehi sekali sahaja. Selepas emas dijual, kita sudah tidak memiliki emas lagi.
Kebaikan: berbanding pelaburan lain, jika kita memerlukan duit ketika terdesak, emas tadi boleh dicagarkan di pajak gadai Islam (ar Rahnu) untuk tempoh tertentu. Selepas ditebus semula, nilai emas tetap meningkat.


Teknik 2


Gadai.
Konsep gadaian Islam ar rahnu amat membantu dalam teknik ini. Tiada unsur riba'. Pinjaman diberikan oleh ar rahnu sehingga *70% dari nilaian marhun emas (Nilaian emas semasa oleh pihak ar rahnu) dengan upah simpan bulanan yang murah (*70 sen setiap RM100 nilaian marhun emas setiap bulan). Ar rahnu Agrobank menerima gold bar dan barang kemas dengan nilaian terbaik dan upah simpan termurah. Namun anda dinasihatkan untuk bertanyakan kepada ar rahnu yang terdapat di bank-bank lain di Malaysia.


Contoh ini pula diterangkan dalam jadual di bawah:


Katakan saya membeli gold bar GCP 100gram pada bulan Februari 2011 dengan harga RM15400 dan menggadaikannya di ar Rahnu Agrobank pada nilaian marhun *RM16632 (andaian). Ar Rahnu memberikan saya wang berjumlah RM11642.40 (*70% daripada nilaian marhun) dengan upah simpan emas yang saya perlu jelaskan pada hujung tempoh gadaian (bulan Ogos 2011) sebanyak RM698.54 (70 sen setiap RM100 nilaian marhun emas setiap bulan).


Apabila harga emas meningkat sebanyak **13% pada bulan Ogos 2011, saya pon menebus semula emas tadi dengan jumlah pinjaman beserta upah simpan (RM11642 + RM698.54). Dan keesokannya saya terus menggadaikan semula emas saya tersebut pada nilai marhun *RM18794.16. Maka keuntungan bersih yang saya terima adalah RM814.97 untuk enam (6) bulan berkenaan.


Proses ini diulangi setiap enam (6) bulan. Bayaran zakat dikira setiap genap setahun hijrah.


Kelemahan teknik ini: Jika kita menggunakan duit hasil gadaian untuk kegunaan lain, dikhuatiri kita tidak dapat menjelaskan bayaran untuk menebus emas apabila genap tempoh gadaian iaitu selama enam (6) bulan.
Kebaikan: Pendapatan hasil dari teknik ini boleh dilakukan secara berulang setiap enam (6) bulan selagi harga emas meningkat.


*Bagaimana jika hasil gadaian digunakan untuk membeli emas lagi dan digadai? teknik ini akan diterangkan dalam teknik 3 secara ringkas. Penerangan mendalam perlulah secara bersemuka.


Teknik 3


Gadai, beli lagi dan lagi.
Teknik ini adalah mudah tetapi mungkin kekeliruan dalam pemahaman akan menjejaskan perkiraan anda. Klik pada gambar untuk melihat lebih jelas. Maklumat lengkap mengenai teknik ini akan diterangkan kepada pembeli/pelabur emas yang ingin melaksanakan teknik ini dengan kuantiti minimum pembelian tertentu.


Daripada kiraan di dalam jadual di bawah, pulangan yg diperolehi adalah 1/3 daripada kos permulaan, jika kenaikan nilai emas adalah 25%.







Nota:
*  Nilai mungkin berbeza dari masa ke semasa dan polisi bank yang berubah-ubah. Rujuk bank yang mempunyai kemudahan ar rahnu. di cadangkan Agrobank - menerima gold coin, gold bar dan barang kemas.
** Kenaikan harga emas dipengaruhi pelbagai faktor. Jalankan kajian anda terlebih dahulu sebelum membuat teknik-teknik yang dicadangkan di dalam blogs ini.










Harga Emas (30 hari)

Harga Emas (30 hari)